Sunday, 30 December 2007

Lelaki vs Perempuan

Malam tadi masa surf internet, terjumpa artikel ini.
http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/12/19/sifat-lelaki-vs-sifat-perempuan/
Cuba tengok dan bandingkan diri anda dan pasangan anda. Cadangan saya, pastikan anda telah lama bersama dengan pasangan anda (baca: suami) dan betulkan saya sekiranya saya silap, tapi saya rasa artikel itu ada kebenarannya. Bila saya baca sifat perempuan, kebetulan ianya menepati ciri diri saya.. dan sifat lelaki pula TAK JAUH berbeza daripada suami say (perasaan saya, mungkin betul, mungkin tak).. hmm, kebetulan atau kebenaran.. cubalah baca !!

Aleesya is a month

Alhamdulilah, Aleesya dah berumur 33 hari pada hari ini. Dia dah makin besar dan sudah mula banyak berjaga daripada tidur. Malam tadi dia tidur daripada pukul 9 malam lebih sehinggalah pukul 1 pagi masih belum berjaga. Ummi terpaksa salinkan lampinnya kerana bimbang rash di punggungnya bertambah teruk.
Ummi pulak makin tak boleh tidur kebelakangan ini. Tak tahu lah kalau ini side effect Noriday. Perut pun macam tak lapar untuk diisi. Masih belum boleh solat buat masa ini.. makanya terpaksa bertarung dengan setan sekuat hati..


Friday, 28 December 2007

The power of PATIENCE

Surah Al-Baqarah ayat 155-156

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ

الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Dan Kami pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillah wa inna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami kembali)

Dalam Al Quran seringkali kita berjumpa dengan perkataan sabar dan sebagai seorang yang mengakui Allah sebagai tuhan, sifat sabar wajib menghiasi setiap seorang daripada kita.

Memang tidak dapat dinafikan, sifat sabar ini adalah sifat terpuji.. sifat para nabi dan para rasul. Sesiapa yang dianugerahi sifat ini, sudah pastinya sangat beruntung. Tetapi macamana yang dikatakan sabar ini?

Ambil contoh semalam, Khamis 27/12/2007.. semua sekolah menengah dipenuhi murid tingkatan 3 yang mengambil PMR bersama-sama ibubapa atau pen jaga mereka. Kenapa? Keputusan PMR diumumkan dan mereka ke sekolah masing-masing untuk mengambil slip keputusan peperiksaan tersebut. Katalah si anu dapat banyak merah di atas slip tersebut.. Bagi ibu yang memahami, pasti dia akan cuba menenangkan si anak, mungkin macam ni.. 'sabarlah nak, kan kamu dah cuba sebaik mungkin..' Tapi macamana sabar tu sedangkan dalam diri si anak, macam2 yang dirasa.. sedih, frust, marah, geram dan sebagainya. Jadi apa nak buat sebenarnya..?

Ingat tak ada hadis nabi, kalau kita marah dan kita sedang berdiri, kita dinasihatkan untuk duduk. Kalau masih marah, cubalah baring. Tapi kalau masih juga marah, pergilah ambil wudu'. Yang saya faham dari hadis ni ialah, kita menyabarkan diri kita dengan mententeramkan diri kita. Maksudnya, buat sesuatu yang menjadikan kita tak berbuat sesuatu.. Tak faham???

Tak ingat dah bulan berapa suami tersayang terbang ke Penang, dan tahu tak apa yang dia bawa balik? BUKU.. dan yang paling menarik 'The Power of Patience' oleh M.J.Ryan. Buku ini dipenuhi dengan cerita-cerita manusia seperti kita dan cerita-ceritanya adalah cerita-cerita biasa yang kita lalui, dengar dan lihat sehari-hari.


Dalam salah satu subtopic buku ini, 'Patience teaches the power of receptivity', Ryan menulis begini.. 'Unlike kindness, gratitude, or generosity, which are about things you do, this quality is a lot about what you don't do. It's about holding back when you want to let loose, putting up with something you'd rather not, and waiting for something to happen rather than forcing it along.'


Cuba perhatikan kehidupan kita seharian. Kita selalu membuat kerja. Tapi konsep sabar ini kadang-kadang menghendaki supaya kita tak buat apa-apa. Perlu contoh? Ingat tak kisah Saidina Ali yang melepaskan musuh semasa dalam peperangan hanya kerana musuh tersebut meludah kepadanya. Saidina Ali kata, dia takut dia bunuh musuh tu sebab marah. Jadi dia bersabar dengan kelakuan si musuh itu dan melepaskan musuh itu.

Contoh lain, orang berkata huduh kepada kita. Kita bersabar dengan tak kata huduh balik kepada orang tu. Nabi pun kata, lebih baik diam daripada berkata yang tidak berfaedah.. Sama jugaklah kalau orang sakitkan hati kita, atau mengatakan sesuatu yang kita tak buat. Kalau kita jenis yang tidak sabar, mesti orang tu dah kena tumbuk dengan kita. Tetapi kita diam, sebab kita sabar..

Wednesday, 26 December 2007

Emotional Intelligence E.Q.

Terima kasih Chik atas hadiah majalah ParentThink yang dibawanya semasa mungunjungi kami sekeluarga untuk melihat baby Aleesya. Memang tak dapat dinafi betapa kegilaan Chik terhadap bahan2 bacaan yang berkaitan dengan kanak2, patutlah dia buka Maribaca (http://www.maribaca.com/) sebuah kedai buku khas untuk kanak-kanak dan ibubapa yang memerlukan bahan untuk pendidikan anak2. Ditambah dengan kesungguhannya untuk mengambil diploma dalam bidang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di Open Uni, cawangan Kelantan.

Yang aku nak sentuh kat entry ni adalah perihal atikel yang ada dalam majalah yang Chik bagi. Ada satu atikel bertajuk, 'What you should know about Emotional Intelligence.' Sangat bagus untuk bacaan ibubapa yang mahukan anak yang bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik mereka, tetapi dalam hidup mereka.
EQ adalah kependekan bagi Emotional Quotient, dipinjam dari IQ yang dipendekkan dari Intelligence Quotient. Ciri2 orang yang mempunyai EQ yang tinggi:


Self awareness

Optimism

Motivation

Persistence

Empathy

The ability to recognize and manage personal emotions

The ability to enjoy healthy relationships with others

The courage to take responsibility for one's thoughts and actions


akan disambung di masa akan datang..


emel yang menginsafkan..

Hari ini ada satu emel yang mencuit hati. Sedih baca emel ini tapi inilah realiti yang berada di sekeliling kita sebenarnya. Sudah seminggu dua ini emel2 yang dihantar ke dalam alumni banyak menyentuh tentang produk baru yang diperlukan oleh pendakwah (dai'e) untuk dipersembahkan dan dinikmati oleh penerima dakwah (mad'u). Yang pasti, untuk memastikan keberkesanan dakwah, produk itu mestilah benar2 diperlukan oleh mad'u. Apa perlu bercakap tentang negara Islam sekiranya mad'u yang kita berhadapan tidak bersolat, mengerjakan puasa apatah lagi mengeluarkan zakat. Ramai juga yang tidak percaya kepada Allah.

Lihat sahaja diri pendakwah hari ini.. Soal solat yang diremehkan, anak-anak terabai dari kasih sayang ibu bapa yang sibuk berdakwah, jiran tetangga yang tidak dikenali, surau yang diabaikan dan banyak lagi hal-hal yang asas tidak terbuat oleh pendakwah hari ini. Sesungguhnya ini memerlukan kerja yang lebih dari pendakwah.. mungkinkah kita tidak meletakkan 'priority' ke atas kerja2 dakwah kita? Kalau negara Islam yang hendak kita capai, bagaimana rakyat yang perlu ada di dalam negara tersebut? Sama-samalah kita fikirkan..

Rabu 19 Disember 2007

Rumah ayah sudah menjadi pusat pengumpulan kotak pelbagai jenis pakaian untuk diagihkan kepada mangsa banjir, tak kira kawasan atau daerah mana, sama ada Kuantan, Maran, Temerloh atau Pekan. Semoga Allah memberkati rezeki para dermawan yang bersyukur atas nikmat-Nya.

Lebih kurang pukul 6 ptg, ayah mengajak kami anak-anak untuk ziarah mangsa banjir di Penjara Penor, Kuantan, lebih kurang setengah jam perjalanan dari rumah kami di Indera Mahkota. Tetapi, kali ini bukan untuk menghulurkan sumbangan berbentuk fizikal, tetapi sumbangan berbentuk rohani iaitu menghidupkan solat berjemaah di sana. Ayah terkilan dan kecewa kerana ramai orang sibuk dengan memberi dan diberi bantuan fizikal sehingga lalai, leka dan lupa untuk menunaikan kewajipan solat yang merupakan tiang agamanya.

Setiba di sana, ayah terus mengenakan jaket bushnya yang tertera 'JIM Pahang' di belakangnya. Kelihatan penuh dewan besar dengan mangsa banjir. Ada yang termenung, ada yang sedang berbual, ada yang baring, ada yang tidur dan ada yang berulang-alik ke bilik air. Pintu-pintu dewan habis ditutup dengan pakaian mereka yang digantung. Melihat keadaan mereka ini menjadikan kita lebih insaf dan lebih bersyukur kepada Allah.

Para petugas di sana pula ada yang sedang sibuk memasak dan menyediakan makan malam. Kelihatan juga 2 orang pegawai polis dengan pakaian seragamnya. Kami memaklumkan kepada seorang petugas bahawa kami akan mengadakan solat maghrib berjemaah di situ. Dia menunjukkan satu khemah di hadapan dewan itu dan membersihkan hamparan permaidaninya. Kemudian, dia menghulurkan kepada kami 3 biji tikar untuk dijadikan alas permaidani.

Seorang lagi petugas pula membuat pengumuman kepada orang ramai bahawa mereka boleh bersama kami untuk solat berjemaah di bawah khemah. Kemudian, kedengaran azan maghrib sayup-sayup dari sebuah masjid yang mungkin tidak jauh dari sini. Kami menunggu sehingga pukul 7.30 malam sebelum memulakan solat. Di dalam dewan, nampak seorang lelaki sedang solat seorang diri di tempatnya. Sehingga saat itu, hanya kelihatan seorang kanak-kanak sedang memimpin datuknya yang buta keluar dari dewan ke khemah solat. Pegawai polis yang berada di depan dewan pula bangun untuk mengambil wudhuk. Ramai lagi yang muda dan sihat walafiat sedang duduk berbual di khemah sebelah tidak mampu untuk berganjak ke khemah solat.

Saya pun melaungkan iqamat dan ayah menjadi imam. Selesai solat, kami pun bertakbir raya bersama-sama. Memang rasa lain macam kerana bertakbir bersama mangsa banjir di sini. Yang menjadi makmum hanya saya, 2 orang adik saya, datuk yang buta, seorang pegawai polis dan seorang lagi petugas serta seorang makmum wanita.

Walaupun dialu-alukan oleh petugas, kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan solat Isyak berjemaah di sana. Kami sudah menjalankan dakwah 'bil hal' secara baik untuk mengajak orang menunaikan solat tanpa mengecam dan mengutuk mereka. Kami sudah tahu tahap dan peringkat dakwah yang bagaimana perlu kami sampaikan kepada mereka. Kami sudah tahu apa keperluan dakwah mereka.

Mereka bukan perlukan perkara-perkara agama yang nampak hebat dan canggih serta pelik-pelik yang kadang-kadang kita boleh lihat dan dengar dari pelbagai majlis dan program agama dan dakwah. Mereka hanya perlukan benda asas! Ya! Rumah mereka tiada tiang, macam mana nak bina dinding dan letak bumbung kalau tiada tiang! Sampai di rumah, kami masing-masing berfikir, bermenung dan bermuhasabah. Solat merupakan agenda dakwah yang paling utama. Tidak perlu berikan agenda dakwah yang lain kalau solat tidak dibereskan. Pendakwah perlu bijak dalam mengenal pasti apa keperluan dakwah masyarakatnya.

Nazri Samsudin,
Catatan penuh di www.mendidik. blogspot. com

Gambar dan catatan bantuan banjir DERU JIM Pahang di:http://derujimpahan g07.blogspot. com/

Tuesday, 25 December 2007

from my email..

Asalnya dapat artikel ini daripada mailbox. Saya merasakan adalah baik ianya dikongsi bersama agar kebaikan yang tertulis di sini dapat dibaca dan dihayati bersama. Semuga kita sama-sama menjadi manusia yang suka kepada kebaikan, suka menyebarkan kebaikan dan mengamalkan kebaikan tersebut. Selamat membaca..

Membangun Akhlakul Karimah Oleh: Dr. Attabiq Luthfi, MA

“Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh”. (Al-A’raaf: 199)


Ayat ini menurut Az-Zamaksyari dan Ibnu Asyur termasuk kategori “Ajma’u Ayatin fi Makarimil Akhlak”, ayat yang paling komprehensif dan lengkap tentang bangunan akhlak yang mulia, karena bangunan sebuah akhlak yang terpuji tidak lepas dari tiga hal yang disebutkan oleh ayat diatas, yaitu mema’afkan atas tindakan dan prilaku yang tidak terpuji dari orang lain, senantiasa berusaha melakukan dan menyebarkan kebaikan, serta berpaling dari tindakan yang tidak patut.

Imam Ar-Razi pula memahami ayat ini sebagai manhaj yang lurus dalam bermu’amalah dengan sesama manusia yang jelas menggambarkan sebuah nilai akhlak yang luhur sebagai cermin akan keluhuran ajaran Islam, terutama di tengah ketidak menentuan bangunan akhlak umat ini.
Secara tematis, mayoritas tema surah Al-A’raaf memang berbicara tentang prilaku dan perbuatan tidak bermoral dan jahil orang-orang musyrik, maka menurut Ibnu ‘Asyur, sesungguhnya ayat ini merupakan solusi yang ditawarkan oleh Al-Qur’an atas perilaku umumnya orang-orang musyrik.

Bahkan posisi ayat ini yang berada di akhir surah Al-A’raaf sangat tepat dijadikan sebagai penutup surah dalam pandangan Sayid Quthb dalam tafsir Fi Dzilalil Qur’an karena merupakan arahan dan taujih langsung Allah swt kepada Rasul-Nya Muhammad saw dan orang-orang yang beriman bersama beliau saat mereka berada di Makkah dalam menghadapi kebodohan dan kesesatan orang-orang jahiliyah di Makkah pada periode awal perkembangan Islam.

Berdasarkan tematisasi ayat yang berbicara tentang akhlak mema’afkan, maka ayat yang mengandung perintah mema’afkan ternyata ditujukan khusus untuk Rasulullah swt sebagai teladan dalam sifat ini.

Dalam surah Al-Baqarah: 109 misalnya, Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw agar tetap menjunjung tinggi akhlak mema’afkan kepada setiap yang beliau temui dalam perjalanan dakwahnya. Allah swt berfirman, “Maka ma’afkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Bahkan dalam surah Ali Imran: 159, Allah menggambarkan rahasia sukses dakwah Rasulullah saw yang dianugerahi nikmat yang teragung dari Allah swt yaitu nikmat senantiasa bersikap lemah lembut, lapang dada dan mema’afkan terhadap perilaku kasar orang lain , “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”.

Secara redaksional, perintah mema’afkan dalam ayat Makarimil Akhlak di atas bersifat umum dalam segala bentuknya. Ibnu ‘Asyur menyimpulkan hal tersebut berdasarkan analisa bahasa pada kata “Al-Afwu” yang merupakan lafadz umum dalam bentuk “ta’riful jinsi” (keumuman dalam jenis dan bentuk mema’afkan). Mema’afkan disini bisa diartikan sebagai sikap berlapang dada, tidak membalas prilaku buruk orang, bahkan mendoakan kebaikan untuk mereka. Namun tetap keumuman Al-Afwu disini tidak mutlak dalam setiap keadaan dan setiap waktu, seperti terhadap orang yang membunuh sesama muslim dengan sengaja tanpa alasan yang benar, atau terhadap orang yang melanggar aturan Allah swt secara terang-terangan berdasarkan nash Al-Qur’an dan hadits yang mengecualikan keumuman tersebut.

Demi keutamaan dan keagungan kandungan ayat diatas, Rasulullah saw menjelaskannya sendiri dalam bentuk tafsir nabawi yang tersebut dalam musnad Imam Ahmad dari Uqbah bin Amir, bahwa Rasulullah saw pernah memberitahukan kepadanya tentang kemuliaan akhlak penghuni dunia. Rasulullah saw berpesan: “Hendaklah kamu menghubungkan tali silaturahim dengan orang yang justru berusaha memutuskannya, memberi kepada orang yang selalu berusaha menghalangi kebaikan itu datang kepadamu, serta bersedia mema’afkan terhadap orang yang mendzalimimu” .

Penafsiran Rasulullah saw terhadap ayat diatas sangat jelas korelasinya. Seseorang yang menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskannya berarti ia telah mema’afkan. Seseorang yang memberi kepada orang yang mengharamkan pemberian berarti ia telah datang kepadanya dengan sesuatu yang ma’ruf. Serta seseorang yang memaafkan kepada orang yang telah berbuat aniaya berarti ia telah berpaling dari orang-orang yang jahil.

Bahkan secara aplikatif, perintah ayat ini mampu membendung emosi Umar bin Khattab saat mendengar kritikan pedas Uyainah bin Hishn atas kepemimpinan Umar. Uyainah berkata kepada Umar, “Wahai Ibnu Khattab, sesungguhnya engkau tidak pernah memberi kebaikan kepada kami dan tidak pernah memutuskan perkara kami dengan adil”. Melihat reaksi kemarahan Umar yang hendak memukul Uyainah, Al-Hurr bin Qays yang mendampingi saudaranya Uyainah mengingatkan umar dengan ayat Makarimil Akhlak, “Ingatlah wahai Umar, Allah telah memerintahkan nabi-Nya agar mampu menahan amarah dan mema’afkan orang lain. Sungguh tindakan engkau termasuk prilaku orang-orang jahil”. Kemudian Al-Hurr membacakan ayat ini. Seketika Umar terdiam merenungkan ayat yang disampaikan oleh saudaranya. Dan semenjak peristiwa ini, Umar sangat mudah tersentuh dengan ayat-ayat Al-Qur’an yang menegur tindakan atau prilakunya yang kurang terpuji. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas).

Sungguh dalam keseharian kita, di sekeliling kita, tipologi orang-orang jahil, orang-orang yang mengabaikan aturan, norma dan nilai-nilai kebaikan Islam akan sering kita temui. Jika sikap yang kita tunjukkan kepada mereka juga mengabaikan aturan Allah swt, maka bisa jadi kita memang termasuk kelompok orang-orang jahil seperti mereka. Namun kita berharap, mudah-mudahan nilai spritualitas dan moralitas yang telah tertanam selama proses madrasah Ramadhan masih tetap membekas dan mewarnai sikap dan prilaku kehidupan kita, sehingga tampilan akhlak yang mulia senantiasa menyertai ucapan, sikap dan tindakan kita terhadap sesama, untuk kebaikan bersama umat. Allahu A’lam.


Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel yang berkaitan, bolehlah melawat web page ini : http://www.dakwatuna.com/index.php/category/tazkiyatun-nafs/

My TASKA..

Thanks to Chik for choosing my Taska as her experimental item for her Diploma project. It's been quite sometime when these photos were taken by her.. In fact, almost 2 months ago. I always forgot to upload the photos here, just for those whose been asking about the Taska..