Monday 26 July 2010

bahagia..

apabila berjaya membahagiakan. Ya, inilah hakikat kebahagiaan yang sebenar. Biar apa pun jalannya, biar apa pun caranya, fitrah manusia bahagia adalah manusia yang paling banyak membahagiakan orang lain.

Sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah saw, tidak sempurna iman seseorang kamu melainkan kamu menyukai atas diri sahabatmu sesuatu yang kamu sukai ke atas diri mu sendiri.

Semua kita mengharapkan kebahagiaan. Semua kita berdoa agar dikurniakan kebahagiaan dunia dan Akhirat. Maka bahagiakanlah, terutama orang-orang yang kita sayang. Maka akan pastilah kebahgiaan mereka itu melahirkan kebahagiaan yang tidak terhingga buat kita. PASTI!

Cuba tanya dalam diri, apakah yang kita mahukan dari wajah seseorang, senyuman atau tangisan? Pasti kita mengharapkan senyuman, kerana senyuman tanda kebahagiaan. Nabi mengingatkan, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Allah pula menggalakkan hamba-hambanya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Maka, mulakanlah senyuman dari diri kita. 'You get what you give' dan 'You give what you want to receive in return' adalah antara pepatah-pepatah inggeris yang menepati kehendak akhlak di dalam Islam.

Kita selalu terlupa akan diri kita dalam kehidupan yang terlalu 'people-oriented' di zaman ini. Kebanyakan kita terlalu mementingkan apa orang lain kata terhadap diri kita, lebih daripada apa yang kita rasa tentang diri kita. Kita yang seperti ini selalu lupa untuk membahagiakan diri kita sebelum kita membahagiakan orang lain. Bila kita tidak bahagia, bagaimana kita mahu membahagiakan orang lain.

Perlu kita ingat, kebahagiaan hakiki tidak terletak kepada barang-barang dunia. Kita hanya bahagia bila kita punya rumah besar, gaji banyak, anak ramai, kereta mahal, pakaian cantik dan sebagainya. Ini semua tidak kekal. Yang akan kekal hanyalah kebahagiaan yang bersumber dari yang maha mengurniakan kebahagiaan, yang maha sempurna. Kalau mahu kebahagiaan yang kekal, carilah daripada yang maha kekal, yang tiada awal dan tiada akhir..

wallahu'alam.