Monday 7 April 2008

Amirah & asma

Malam tadi ada 'heavy drama' kat rumah. Lebih kurang pukul 12 tengah malam, amirah menjerit sakit.. sakit.. ummi sakit.. baba sakit. Ummi dah terlena di atas katil, tersedar yang mulut baby masih melekat pada nenen. Ummi tak bingkas bangun, sebab biasanya amirah akan cepat-cepat cekup muka dengan aerochamber yang biasanya ada di kepala katil mahupun di atas meja tepi katil.

Tapi malam tadi lain. Baba naik ke atas setelah selesai urusan kerja di bawah, dan cuba menenangkan anak sulungnya. Tetapi dia sedar ada sesuatu yang tidak kena. 'Kakak pucat, ubat mana?' Ummi meloncat turun dari katil dan cepat-cepat masuk ke dalam bilik amirah, mencari aerochamber beserta inhaler yang berisi.

'Cepat panggil ambulance..'

Ummi capai telefon dan segera turun ke bawah sambil mendail 999. Baba dan kakak duduk di tangga. Walaupun ummi tak nampak apa yang berlaku, tapi ummi pasti keadaan kakak teruk. Sesekali terdengar suara baba. 'Panggil ambulance cepat..' 'Kakak tak bernafas..' 'Kak, mengucap kak..' 'Kak..'

"Ya Allah, andainya Engkau ambilkembali pinjamanMu itu aku pasrah. Mungkin itu yang lebih baik.. Aku mungkin tak mampu nak mebesarkan dia seperti kehendakMu..'

Ummi naik atas. Melintas baba yang kelihatan berpeluh. Ummi tak sanggup melihat, hanya mampu bersuara..'Nak pergi tunggu ambulance kat simpang luar..'

Ummi capai kunci kereta dan terus turun ke bawah. Ummi buka pintu dan hidup enjin kereta. Ambulance sampai tak lama lepas ummi sampai kat simpang luar. Lambatnya rasa ambulance ni..

Paramedik cepat-cepat keluar dan meluru ke dalam rumah. Ummi suruh dia naik. Terdengar suara baba memeperkenalkan diri sambil memberitahu apa yang terjadi. Baba dan paramedik bawa kakak turun dan masukkan ke dalam ambulance. Kakak dapat oksigen, dan baba temankan kakak ke hospital dinihari itu..

10:45 pagi
07/04/08
Assalamuaikum?
Kakak senyum. Happy nampak ummi, baba dan baby datang. Ummi sempat belikan ebaca untuk kakak. Ingat nak belikan novel dengan Chik, tapi Chik tak de. Pergi Kuala Lumpur. Kakak nampak segar dan ceria. Seperti biasa.. sihat.
Alhamdulilah..

Anak ummi yang seorang ini memang kuat lelahnya. Sejak dari umur 2 tahun 3 bulan, doktor sahkan dia ada asma. Sejak dari itu, satu demi satu hospital yang mana baba bekerja akan dilawatnya. Hospital memang rumah kedua, bukan setakat tempat kerja baba. Selain ummi yang hampir setiap 2 tahun akan pergi melawat hopital kerana melahirkan, kakak pun ikut sama. Paling kurang 3 hari dalam setahun, wajib pergi 'trip' ke hospital. Liverpool, Hull, Manchester.. hmm semua hospital dia dah pernah tinggal.. Semuga ada kebaikan disebalik kesakitanmu, anakku..

Birthday Ateeqah Anum di rumah Mak Ngah, Cheras..

2 comments:

Sarina said...

Lama tak menjenguk ke sini. Alhamdulillah Amirah tak apa-apa. Makin besar makin sebijik muka Ummi :). Take care....

Anonymous said...

wahhh..truly miss the kids so much.bila tgk gambar baru rasa. x sempat kenal ateeqah.

teringin nak ziarah kak nikmah..haih..kalau mak boleh lepas pergi kelantan kan seronok..huhu